19 February 2011

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

TEKNIK
DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
  • Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TEKNIK KUIZ
  • Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
  • Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
  • Tujuannya ialah :
  • Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
  • Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
  • Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
  • Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
  • Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
  • Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
  • Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
  • Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. 

Credit to: 

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH



SILA KLIK PADA TAJUK DI BAWAH :


BAHASA MELAYU

Credit to: 

SISTEM BAHASA

Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.



  • Sila rujuk Praktis 1 : Bahagian sistem bahasa.



credit to:

KATA HUBUNG


KATA HUBUNG

v  Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.

v  Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.





KATA HUBUNG GABUNGAN
-          Menghubungkan klausa- klausa yang sama tarafnya
-          Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, sementara, sebaliknya, seterusnya.
-          Contoh ayat:
                               I.            Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengenai sasaran kerana busurnya patah.
                            II.            “…Belum tentu..sama ada pergi rumah kawan atau balik kampong..” katanya.
                         III.            Mereka tidak menuju ke makmal, sebaliknya berjalan ke kantin.

KATA HUBUNG PANCANGAN
-          Menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan.  Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
-          Contoh ayat:
                               I.            Pelajar yang berjaya itu diberikan hadiah.
                            II.            Budak yang sedang membaca itu adalah adik perempuan saya.
-          Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.  Kata hubung yang berperanan ialah bahawa dan untuk.
-          Contoh ayat:
                   I.            Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat 5A.
                II.            Kerajaan membina jambatan untuk memudahkan rakyat menyeberangi sungai.
-          Menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-          Antara kata hubung: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga,  jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun
, dansesungguhnya.
-          Contoh ayat:
                               I.            Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.




SILA KLIK PADA TAJUK DIBAWAH :
Latihan mencari Kata Hubung yang tersembunyi.

Credit to: 
http://www.teachers-direct.co.uk





KEFAHAMAN


v  Latihan kefahaman dijalankan oleh para guru bertujuan untuk menguji tahap kefahaman murid berkenaan teks yang telah dibaca sebelumnya.
v  Melalui latihan tersebut, kebolehan murid untuk mencari idea utama di dalam teks dapat dinilai. 
v  Selain itu, ia juga dapat melatih murid untuk memahami kehendak soalan.  Hal ini kerana, dalam pilihan jawapan terdapat beberapa pilihan yang memerlukan murid untuk memahami setiap pilihan jawapan yang diberikan, seterusnya memilih jawapan yang sama.
v  Melalui latihan kefahaman juga, murid dapat dilatih untuk melakukan sesuatu dengan mengikut turutan.  Hal ini kerana soalan yang dikemukakan adalah mengikut turutan idea di dalam teks.